Seerat Serasa Sehati Sejiwa. Jangan Berhenti Bila Penat Tetapi Berhenti Bila Selesai #Bomba Malaysia

Seerat Serasa Sehati Sejiwa. Jangan Berhenti Bila Penat Tetapi Berhenti Bila Selesai #Bomba Malaysia

Kes Dua Beradik Hilang Di Paka Terengganu

Dua beradik hilang selamat ditemui berpelukan, berpaut di pokok bakau


Dua beradik itu selamat ditemui saling berpelukan dan berpaut pada sebatang pokok bakau. - Astro AWANI
DUNGUN: Dua beradik ditemui dalam keadaan berpelukan selepas dilaporkan hilang ketika bermain air di alur Sungai Paka, Dungun, di sini malam tadi.

Mohd Zaidanie Amsyar Zaidi , 6 tahun dan adiknya Mohammad Zaidanie Ammar Zaidi, 4 tahun dijumpai selamat dengan berpaut pada sebatang pokok bakau kira-kira jam 9.45 malam selasa.

Mangsa dikatakan keluar bermain di sekitar kawasan tersebut pada jam 3 petang dan kehilangan mereka disedari oleh neneknya, Rogayah Ibrahim, 60 tahun sejam selepas itu.
Menurut ibu saudara mangsa, Roslinda Zakaria panik dengan kehilangan tersebut gerakan mencari dilakukan sebelum kedua mereka dikesan 6 jam selepas itu.

Katanya ketika mencari dia mengesan suara kanak-kanak menangis sebelum mengarahkan adiknya untuk masuk ke dalam hutan paya berhampiran.

“Mula-mula saya masuk dengan adik dua orang kawasan paya itu memang sunyi. Kemudian saya terdengar bunyi suara menangis dan paras air pada waktu itu diparas leher.

Sementara itu, Pegawai Zon II Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Zailani Abdullah berkata seramai 14 kekuatan dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 8.08 minit malam.

Menurutnya operasi pencarian melibatkan kawasan seluas satu kilometer persegi dari lokasi yang dilaporkan hilang.

Kita menemui mangsa pada jam 9.47 minit malam pada jarak lapan ratus meter daripada selipar yang dijumpai dan juga mereka dijumpai dalam keadaan berpelukan di atas pokok.

“Kita juga percaya mangsa telah cuba untuk naik ke atas pokok selepas air pasang bagi menyelamatkan diri,” katanya yang memberitahu operasi dihentikan pada jam 10.30 malam.


Share:

Sekadar Perkongsian Dari 5 Jari

SEKADAR PERKONGSIAN DARI LIMA JARI

1. Ada IBU JARI yang selalu berkata baik dan menyanjung.

2. Ada JARI TELUNJUK yang suka menunjuk & memerintah

3. Ada JARI TENGAH yang sombong, hanya kerana dia merasa paling panjang

4. Ada JARI MANIS yang selalu jadi teladan, baik & sabar sehingga diberi hadiah cincin

5. dan Ada JARI KELINGKING yang lemah & penurut

Dengan perbezaan (kekurangan dan kelebihan) yang dimiliki masing2 jari, mereka bersatu, saling melengkapi dan menjadi kuat.

Falsafah sederhana ini memberi contoh tentang bagaimana kuat dan indahnya kebersamaan dalam hidup...Kita dilahirkan dengan segala perbezaan yang kita miliki dengan tujuan untuk bersatu :

* Saling menyayangi 

* Saling menolong

* Saling berkongsi

* Saling menghargai

* Saling melengkapi

 Bukan untuk :

- Saling menuduh

- Saling menyalahkan

- Saling merosak

- Saling iri hati

- Saling memporakperandakan

 Semua perbedaan dari kita adalah keindahan, agar kita RENDAH HATI dan menghargai orang lain, tidak ada satupun pekerjaan yang dapat kita selesaikan sendirian.

 

Share:

My Link

Link | My Job | Facebook | Tagged |

Waktu Malaysia

About Me

My photo
Tanah Merah, Kelantan, Malaysia
Saya ialah Penolong Kanan Penguasa Bomba PKPgB 16027 Mohd Zailani Bin Abdullah bertugas di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu

Seerat Serasa Sehati Sejiwa. Jangan Berhenti Bila Penat Tetapi Berhenti Bila Selesai #Bomba Malaysia

Followers