DUNGUN: Dua beradik ditemui
dalam keadaan berpelukan selepas dilaporkan hilang ketika bermain air di
alur Sungai Paka, Dungun, di sini malam tadi.
Mohd Zaidanie
Amsyar Zaidi , 6 tahun dan adiknya Mohammad Zaidanie Ammar Zaidi, 4
tahun dijumpai selamat dengan berpaut pada sebatang pokok bakau
kira-kira jam 9.45 malam selasa.
Mangsa dikatakan keluar bermain
di sekitar kawasan tersebut pada jam 3 petang dan kehilangan mereka
disedari oleh neneknya, Rogayah Ibrahim, 60 tahun sejam selepas itu.
Menurut ibu saudara mangsa, Roslinda Zakaria panik dengan kehilangan
tersebut gerakan mencari dilakukan sebelum kedua mereka dikesan 6 jam
selepas itu.
Katanya ketika mencari dia mengesan suara
kanak-kanak menangis sebelum mengarahkan adiknya untuk masuk ke dalam
hutan paya berhampiran.
“Mula-mula saya masuk dengan adik dua
orang kawasan paya itu memang sunyi. Kemudian saya terdengar bunyi suara
menangis dan paras air pada waktu itu diparas leher.
Sementara
itu, Pegawai Zon II Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penolong Kanan
Penguasa Bomba, Mohd Zailani Abdullah berkata seramai 14 kekuatan
dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 8.08
minit malam.
Menurutnya operasi pencarian melibatkan kawasan seluas satu kilometer persegi dari lokasi yang dilaporkan hilang.
Kita menemui mangsa pada jam 9.47 minit malam pada jarak lapan ratus
meter daripada selipar yang dijumpai dan juga mereka dijumpai dalam
keadaan berpelukan di atas pokok.
“Kita juga percaya mangsa
telah cuba untuk naik ke atas pokok selepas air pasang bagi
menyelamatkan diri,” katanya yang memberitahu operasi dihentikan pada
jam 10.30 malam.